Wednesday 2 November 2016

Penginapan ala homestay kat Jepun

Menyewa hotel kat Jepun untuk 2 orang mau mencecah RM 500 semalam,


 paling murah pun dekat RM 200 seorang (capsule hotel).




Jadi sebagai alternatif cari homestay lah jawabnya. cari punya cari terbacalah tentang perkhidmatan homestay melalui airbnb. Khidmat airbnb ni umpama kita menyewa homestay kat Malaysia.


 Ada yang sewa bilik dan kongsi dapur/toilet/bilik mandi dengan tuan rumah, ada yang sewa bilik tapi kongsi dapur/toilet/bilik mandi dengan penyewa lain, ada yang bilik sahaja tanpa bilik mandi dn ada juga yang boleh menyewa bilik tanpa kongsi semua tu dengan orang lain. So kena pandai-pandai surveylah untuk mencari yang paling sesuai.



Bukan itu saja yang kena tengok, lokasi bilik sewa juga kena tengok. dekat dengan stesen keretapi ke tidak atau pun dekat dengan kemudahan kedai2. Cara yang paling mudah untuk memilih kena baca komen-komen dari penyewa terdahulu. Kalau semuanya positif tu bolehlah masukkan dalam wishlist sebelum difinalkan.

No comments:

Post a Comment