Monday 26 December 2016

Apato(Apartment) Tempat Penginapan

Setibanya di Mita Station (Asakusa Line) atau Tamachi Station (JR Line), mula cari arah kat mana tempat penginapan. Oleh kerana dah survey awal-awal melalui Instant street view, maka tak lah susah mana nak carinya.



Lift untuk ke tempat penginapan di Tingkat 10



untuk masuk ke rumah pakai PIN code, so tak yah susah-susah nak pegang kunci ke hilang kunci ke.


Bahagian Dapur


Pintu masuk 


Rumah ni ada 2 bilik, satu host duduk dan sebelahnyalah kami sewa, sepanjang duduk tu hanya sekali je jumpa tuan rumah. Tempat masak dan toilet serta ofuro(tempat mandi) berserta shower boleh katakan yang terkini so amat berbaloilah untuk sewa kat sini bagi yang single atau berdua. Kalau lebih dari tu tak berapa sesuai.



Perjalanan Dari Narita Airport T2 ke Mita

Merancang transport dari Airport ke tempat penginapan perlu dilakukan supaya kami tidak mengeluarkan kos yang banyak. Banyak pilihan yang boleh dibuat sebenarnya kerana tidak mengejar masa. Jadi sekiranya ingin santai boleh memilih yang paling lama untuk sampai, tapi kepenatan naik flight mungkin menjadi faktor untuk sampai cepat dengan minima kos. So pilihan yang ada adalah seperti berikut:




1. Menggunakan Narita Express (NEX)


 menggunakan NEX dari Narita Airport Terminal adalah lebih jimat jika membeli round trip tiket iaitu 4000 yen tetapi oleh kerana jadual penerbangan pulang sekitar pukul 10 pagi agak tergesa-gesa maka pilihan menggunakan NEX terpaksa diKIV dulu. Kosnya juga tidak murah tetapi perjalanan agak selesa kerana boleh turun di Tokyo atau Shinagawa dan tukar keretapi yamanote line ke Tamachi tanpa sebarang kos.




2. Menaiki Bus Keisei
     Pilihan kedua yang ada menggunakan bas samada Bas Keisei atau Narita Access. Tiket bas Keisei boleh dibeli di kaunter dan jika dibuat tempahan awal dapat diskaun 100 yen.





3. Menaiki Bus Narita Access

 Pilihan seterusnya menaiki bas Narita Access dimana tidak perlu beli tiket, beratur dan naik bas, terus bayar 1000 yen seorang. Lebih mudah dan cepat.


 Bas Keisei atau Narita Access akan berhenti di Tokyo station dan dari situ kena ambil Yamanote line untuk ke Tamachi. Tokyo Station boleh dikatakan agak besar dan sibuk terutamanya diwaktu puncak.

4. Naik Train Skyliner



5. Naik SkyAcess



Setibanya kami di Narita Airport, rupa-rupanya kapalterbang mendarat di Terminal 2. Setelah selesai urusan imigresen yang mengambil masa dalam 15 minit, kami pun melangkah keluar melalui pihak kastam Jepun yang hanya melihat pasport kami. Di luar kesejukan mula terasa dan kami pun mengenakan sweater dan jaket.


Terus cari tempat jual tiket untuk keretapi, bercadang nak beli terus Tokyo Wide Pass kat Narita tetapi melihatkan barisan yang panjang hasrat itu di tangguhkan. Cari pulak tempat jual tiket Access Express, tanya pada MakCik guide yang berdiri dekat dengan mesin jual tiket, dia cadangkan naik Keisei Main line je kerana untuk Access Express kena tunggu lagi 30 minit sedangkan kalau naik keisei Main line lebih cepat. So terus decide beli tiket keisei main line terus ke Mita Station. Punyalah baik makcik tu siap tunjuk kat mana kena masuk lagi. Harga Tiket 1190 Yen seorang.



Pagi Di KLIA

Pukul 6.30 pagi kami telah terpacak di KLIA balai berlepas menunggu penghantaran WIYO iaitu wifi yang akan kami gunakan sepanjang berada di Jepun nanti.



Selfei dulu sementara menunggu kedatangan penghantar WIYO



Dah terima wifi, ronda-ronda dulu sebelum check in, sekali bila beratur punyalah panjang. Maklumlah banyak penerbangan sebelah pagi ni. Dari pukul 7.30 pagi beratur dekat2 pukul 845 pagi baru boleh drop baggage. Sekali tergesa-gesa untuk masuk untuk pelepasan imigresen. Mengambil masa juga imigresen ni. Prosedur baru yang memerlukan setiap warganegara untuk diambil keduadua e cop jari dan raut wajah.





Naik eurotrain ke International Departure Halls


Sampai masa nak boarding to aircraft.






Wednesday 7 December 2016

Persiapan terakhir sebelum ke Tokyo

Setelah hampir 3 bulan mengumpul maklumat bagi percutian pertama kali ke Tokyo, kini tinggal beberapa hari lagi untuk berlepas. So apa lagi kena review balik apa yang dah sedia dan apa yang belum.

1. Tiket Penerbangan
   Tiket telah ditempah pada bulan September setelah monitor turun naik harga melalui beberapa cara
 i. website Malaysiaonline http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html
ii. Airasia http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1
iii. melalui skyscanner untuk monitor turun naik harga tiket www.skyscanner.com



so tiket yang ditempah melalui penerbangan Malaysia Airlines dengan harga RM 25++ untuk dua orang. Oleh kerana MAS menyediakan makanan dan juga luggage maka kos yang dikeluarkan berbaloi dengan masa yang paling sesuai untuk melancong. Dapat meminumumkan bilangan cuti yang diambil dan beberapa faktor lain yang perlu diambil kira dalam merancang percutian kali ini.

2. Penginapan
    Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan Airbnb dan mendapat host yang menyewakan apartmentnya di kawasan Mita (Tamachi). Pada mulanya ingin menyewa di sekitar Saitama iaitu diluar Tokyo tetapi jarak untuk ke kawasan tumpuan agak jauh. Kadar sewaanya dalam RM1027 untuk 6 hari.  Agak berbaloi kerana mengikut pada google maps, apartment ni berhampiran dengan Tokyo Tower yang terkenal itu.



3. Pakaian Musim Sejuk
    Oleh kerana buget yang ciput untuk perbelanjaan percutian ini, kami memilih untuk mencari baju sejuk yang dijual secara bundle. Setelah mengoggle, banyak yang rekomen satu kedai bundle kat Ampang iaitu Family bundle. So kami mengambil peluang bila kami ke Kuala Lumpur untuk singgah dan mencari baju sejuk yang sesuai. Harganya amat berbaloi. bayangkan dengan harga serendah RM 15 sahaja sehelai, kami mengambil peluang untuk memilih pakaian sejuk yang sesuai pada mata kami. Begitu juga dengan seluar jeans, bayangkan dengan harga serendah RM15 saya dapat sehelai seluar wrangler yang belum digunakan lagi. So dengan kos kurang dari RM150, kami membeli beberapa helai jaket dan seluar.
Untuk Glove dan stokin kami mengunjungi Daiso yang menawarkan barangan tersebut dengan harga RM5.30 (termasuk GST). Yang lain-lain tu pakai yang sedia ada dan tengok mana yang sesuai untuk digunakan.

4. Kemudahan WIFI
    Untuk kemudahan wifi, kami telah menempah WIYO untuk digunakan.

5. Bekalan Makanan
    Kami hanya membeli 4 kotak Berahim sebagai bekalan untuk kesana. Mungkin kami akan tambah 3 in 1 nescafe dan milo sebagai bekalan dan juga snikers.

6. Pertukaran Matawang ke YEN
    Kadar pertukaran yang agak tinggi terpaksa dibuat dalam keadaan sekarang. Kami terpaksa tukar di Kuantan yang menawarkan 1000 yen untuk RM 40.50.. agak tinggi berbanding nilai tukaran yang boleh didapati di money master midvalley ( 1000 yen -RM 39.50)

7. Itenary
     Itenary yang dirancang adalah seperti berikut

    12/12- Penerbangan KUL NRT 950am-530pm

    13/12- Melawat sekitar UENO-Ameyoko-Akihabara-Asakusa-Tokyo Tower-Odaiba

    14/12- menaiki shinkansen menuju ke Karuizawa untuk menikmati suasana salji dan juga window shopping.


    15/12- Menaiki shinkansen dan Fujikyu untuk ke kawaguchiko dan melihat Gunung  Fuji

    16/12- Menaiki Super Hitachi melawat kawasan Hitachi (Masjid Hitachi) dan juga Mito (balik kampung jap..)

    17/12- Sehari lagi kat Tokyo, Shibuya-shnjuku-harajuku-ginza-Tokyo dan mana-mana yang sempat

    18/12- Penerbangan pulang NRT-KUL pukul 10 pagi.

8. Gadget yang dibawa
     i. Satu DSLR kamera...mesti bawak untuk ambik gambar yang cantik
     ii. Action camera Yi..
     iii. 2 Mobile phone camera....
 

 

Thursday 1 December 2016

Ramalan Cuaca menentukan arah tujuan di Jepun

Entry kali ni berkenaan keadaan cuaca setempat iaitu tempat yang kita ingin lawati. Perancangan ni penting supaya kita tak kecewa dan membuang masa. Contohnya kalau kita ingin melihat keindahan Gunung Fuji tentulah kita kena pergi pada hari yang dijangka cuacanya elok, kurang berawan.


Katalah tempoh lawatan kita dari 12 Dec 2016 hingga 18 Dec 2016 ke kawasan Tokyo dan kita berhajat untuk ke kawasan Gunung Fuji sehari, maka kita harus memilih mungkin pada 13 Dec ataupun kalau nak merasa salji boleh memilih untuk pergi pada 15 Dec. Walaupun ianya ramalan semata-mata tetapi boleh dijadikan panduan untuk perancangan kita.