Tuesday 23 October 2018

Back To School-Ibaraki Daigaku Engineering Campus Hitachi

Hari Jumaat 16 Dec 2016

Setelah kepenatan semalam. pagi ini kami turun agak lewat sedikit. Hari ini hala tuju kami dalam misi kembara Nippon, cuti musim sejuk ialah menuju ke Daerah Ibaraki.Di daerah ini terletak sebuah Universiti yang di panggil Universiti Ibaraki yang menpunyai tiga kampus iaitu kampus Mito, Kampus Kejuruteraan Hitachi dan kampus pertanian Ami. 








Dari Tamachi station, kami menaiki Yamanote Line menuju Ueno Station, kami tidak perlu membeli tiket lain kerama kami menggunakan Tokyo wide pass. Setibanya di Ueno station, kami mencari arah untuk ke dek menunggu untuk Joban Line, iaitu keretapi yang akan membawa  kami menuju ke Hitachi.



Pemandangan sawah dan rumah-rumah kediaman dapat dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Hitachi. ada juga sawah-sawah ini telah bertukar dari sawah padi kepada ladang solar.


















No comments:

Post a Comment